Wednesday, April 6, 2022

BBM 3410 ASAS GRAFIK ROMULO PRODUCTION

Asas grafik merupakan perkara asas yang perlu difahami oleh semua yang mempunyai minat terhadap penggunaan kamera,video, dan apa jua bahan yang mempunyai elemen grafik. Grafik meliputi lima elemen penting iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Setiap elemen perlu ada dalam sesebuah foto atau grafik bagi mewujudkan grafik yang menarik. Pemahaman tentang asas grafik adalah penting dalam penyampaian mesej berbentuk grafik. ELEMEN MUDAH
Rujukan: https://cutt.ly/vD9X6KY (TEMA PAKAIAN) Elemen yang boleh dilihat daripada gambar ini ialah elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana kita boleh faham secara terus apa yang dimaksudkan dengan gambar tersebut. Sebagai contoh , melalui simbol yang digunakan kita dapat mengetahui jenama kasut ini ialah nike.
Rujukan Amirul Alif (TEMA KEPERLUAN DIRI) Dalam gambar ini menunjukkan elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui dengan gambar ini kita dapat mengenalpasti dengan mudah apa yang cuba disampaikan dalam gambar berkenaan. Elemen mudah ini penting untuk tidak mengelirukan orang yang melihatnya. ELEMEN WARNA
Rujukan: https://cutt.ly/9D9HWlp (TEMA APLIKASI) Elemen asas grafik yang boleh kita lihat dari gambar tersebut ialah elemen warna. Warna yang digunakan dalam teks aplikasi ini menggunakan hanya dua sahaja warna. Penggunaan dua warna sahaja memudahkan untuk kita melihat dan tidak kelihatan berseabut. Penggunaan warna yang kontra juga memudahkan teks untuk dilihat.
Rujukan Amirul Alif (TEMA TUMBUH-TUMBUHAN) Dalam gambar ni dapat dilihat penggunaan elemen warna . Dalam ini dapat dilihat penggunaan tiga warna yang asas iaitu ungu, hijau dan putih. Tiga warna ini mewujudkan harmoni dalam gambar ini. Warna-warna ini menjadikan gambar ini lebih jelas dan tidak berserabut kerana warna-warna ini tidak terlalu banyak dan warna juga warna yang lembut dan menenangkan. ELEMEN TEKS
Rujukan: https://fontsinuse.com/uses/2057/kentucky-fried-chicken-logo-1978 (TEMA MAKANAN) Elemen yang ditonjolkan dalam gambar ini ialah elemen teks. Hal ini dikatakan demikian kerana elemen ini paling jelas terdapat dalam gambar ini. Teks yang digunakan sangat sesuai kerana menggunakan saiz font yang lebih besar untuk teks yang penting dan teks yang kurang penting dikecilkan sedikit. Font yang digunakan juga agak mudah untuk dibaca kerana menggunakan font yang mudah. Warna yang digunakan juga sesuai dan jelas.
Rujukan Amirul Alif (TEMA BARANGAN KOSMETIK) Dalam gambar ini menunjukkan elemen teks. Hal ini dikatakan demikian kerana Dalam gambar ini mempunyai elemen teks yang menggunakan font yang berbeza. Font yang penting bersaiz lebih besar berbandiing font yang kurang penting. Warna yang digunakan untuk font juga sesuai kerana memilih warna yang gelap seperti hitam dan latar belakang yang cerah. ELEMEN KESESUAIAN
Rujukan: https://wallpapersafari.com/w/8STnKU (TEMA ALAM SEMULAJADI) Dalam gambar ini menunjukkan elemen kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana latar belakang gambar ini amat bersesuaian dan saling berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, sungai yang menjadi asas lukisan ini dikelilingi dengan kehijauan hutan dan juga gunung-ganang yang menjadi gambar ini kelihatan lebih harmoni dan menarik.
Rujukan Amirul Alif (TEMA PEMANDANGAN) Dalam gambar ini menunjukkan elemen kesesusaian. Hal ini dikatakan demikian kerana kesesuai latar belakang yang kelihatan sedikit kelam kerana pemandang ini merujuk kepada keadaan di mana matahari mula tenggelam. Latar belakang langit sangat sesuai dengan pokok-pokok dan jalanraya. ELEMEN KESEIMBANGAN
Rujukan : https://cutt.ly/kD9VEBE (TEMA PEMANDANGAN) Dalam gambar ini terdapat elemen keseimbangan yang ditonjolkan. Sebagai contoh, keseimbagan antara kanan dan kiri laut seimbang dan atas dan bawah juga seimbang kerana terdapat pemberatan jambatan pada bahagian bawah dan terdapat langit dan awan pada bahagian atas.
Rujukan Amirul Alif (TEMA BANGUNAN) Dalam gambar ini menunjukkan keseimbangan kanan dan kiri dalam gambar dan atas dan bawah juga seimbang dimana pemberat pada bahagian bawah iaitu jalan tar manakala bahagian atas ialah bangunan. ROMULO PRODUCTION Berikut merupakan pautan video persembahan ahli kumpulan saya bagi tajuk elemen asas grafik https://www.youtube.com/watch?v=bjYOd7DRPqM

No comments:

Post a Comment

Pembentangan resensi buku multimedia

  PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan resensei buku Multimedia dalam Baha...