Wednesday, March 30, 2022

Introduction

 




Assalamualaikum dan salam sejahtera ini merupakan blog pertama aku. Sorry kalau panggilan yang digunakan adalah aku. Sebab lebih selesa dan rasa lebih rapat bukan berniat untuk bercakap kasar.  Nama diberi Mohamad Amirul Alif Bin Kamal. Umur 22 tahun dah walaupun tak selari dengan perangai yang masih fikir nak enjoy je hahaha. Korang boleh je panggil aku Mirul atau Alip.  Aku okay je sebab dua-dua pun nama aku. Aku ni anak kelahiran Pahang yang menetap di Selangor. Entahlah walaupun dah lama tinggal dekat Selangor, Pahang still feel like home! rindu rasa patin tempoyak asli dari Pahang even balik Pahang 4-5 tahun sekali. maybe sebab ibu memang anak jati Pahang sebab tu tak pernah lupa negeri terbesar kat semenanjung ni. Bak kata orang Pahang, hitam putih takkan padam (refer kepada  warna bendera negeri Pahang). Selangor pun terbaik juga bak kata ibu Selangor ni lubuk rezeki untuk orang yang rajin. Mungkin sebab banyak kilang kot dan banyak peluang pekerjaan sebab aku tinggal kat pinggir bandar bukanlah bandaraya jadi memang dikelilingi dengan kilang. 





  Kalau cakap pasal hobi aku suka jogging. Entahlah tak pasti kenapa aku suka jogging maybe sebab itu je aktiviti yang sihatkan badan yang tak perlukan skill kot.  hahahha maklumlah sukan yang memerlukan skill ni memang kelaut,  jadi maybe tu sebab paling utama kenapa aku suka jogging. Itu sahaja kot perkongsian untuk blog pertama ini. Terima kasih sudi membaca sangat hargainya <3.

No comments:

Post a Comment

Pembentangan resensi buku multimedia

  PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan resensei buku Multimedia dalam Baha...