Thursday, March 31, 2022

Academic And Co-Curiculum

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, penulisan kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang perjalanan akademik aku . Aku bersekolah rendah  di Sekolah Kebangsaan  Jengka 4 dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan kemudian meyambung pengajian di peringkat STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh. Sekarang sedang meyambung pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan kepujian.


Yes, aku student sport science even tak langsung aktif pun bersukan hahahah. Apa yang aku suka pasal sains sukan ni and still masuk kelas ni even tahu aku tak aktif sebab belajar tentang fisiologi entahlah sebab menarik belajar pasal tulang-tulang ni. Aku suka belajar pasal tubuh badan manusia. Aku suka sains sebenarnya tapi tulah dalam kehidupan selalu ada halangan kan. Halangan nya ialah math ! entahlah dari dulu aku memang ada problem dengan math. i only good at math when its come to money, selebihnya hahaha. Masuk kelas nilah sedikit sebanyak membantu aku belajar tentang fisiologi yelah kalau science streams kena pandai math kan huhu. sekian dari Doktor Amirul Alif yang tak kesampaian. hahah.


Ingat lagi masa ni aku dengan diorang ni tersalah pergi join kem " target math A+" masa ni penyesalan dia tak terkata (boleh lihat dari senyuman aku yang nak taknak je) sebab kami berpecah dan join kumpulan dari sekolah lain yang semua math A dan kami ni sebaliknya hahahah. Saat tu terfikir" apa aku buat ni " nak dekat 6 tahun berlalu baru faham Allah aturkan moment kelakar  ni nak kita ingat kenangan dengan kawan-kawan nanti. 


tutup pasal sekolah menengah ni pasal STPM pulak. hahaha SEMESCO yang selalu dirindui.


Masa ni sambutan bulan kemerdekaan hahaha kehidupan tanpa covid sangat indah geng ! miss sir Azhan yang selalu jadi penghibur bila kami mengantuk belajar geo. Tema masa ni pakaian era 1950 tapi betul ke tak pakaian aku tu hahhhahah ( baru sekarang nak fikir)


Ni masa convocation form 6 ( aku tetap nak taip even korang boleh je tau dari banner) taktahu nak cakap apa cuma rindu hahhah. Btw aku ni bukanlah fashionable orang nya hahahah sebab tu simple2 je hahah yang penting boleh enjoy dengan classmate yang paling ngamm ! eh bukan classmate je cikgu2 sekali. 


Hari ambil result, we did well guys. Alhamdulillah semua berkat dari mereka yang tak pernah tinggalkan aku terkapai sorang-sorang bila aku blur hahahaah. Even separuh je yang datang sebab kekangan peribadi. Will miss u guys .

Alhamdulillah aku bersyukur, banyak lagi perlu belajar sebab ilmu itu tak pernah habis.


Yang menarik pasal gambar sebab tak berubah kan














Sambung pula journey aku ke upm. Kenapa aku post poster ni hahahah. Sebab aku pengarah program ni. Aku pun masa itu kelakar juga macam mana aku nak lead orang ni, macam mana nak handle program macam ni besar kot ( bagi aku program ni besar untuk orang lain tak pasti) banyak sangat halangan. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan walaupun program ni ada kekurangan. tapi Alhamdulillah aku ada team yang sangat competent. Daripada seorang yang patut mrngajar orang aku pulak yang belajar macam mana nak jadi seorang pengarah yang terbaik walaupun ye banyak sangat kekurangan. Kata orang pengalaman tu merupakan cikgu paling baik ( tak ingat aku baca dekat mana)Walaupun dalam pengalaman itu ada pahit dan juga manis. Terima kasih kepada semua yang sangat membantu aku pasal program ni.

My family


 Hi dan assalamulaikum semua moga baik-baik je untuk kita semua. Aku nak berkongsi sedikit tentang keluarga aku. Aku anak ketiga dari 5 orang adik beradik. Kiranya macam lengkaplah sebab aku ada abang, kakak, adik lelaki dan adik perempuan so no need kakak angkat or apa-apa lah yang berangkat2 ni. Maklumlah dulu masa sekolah agak famous budaya abang dan kakak angkat ni HAHAHAH. Alhamdulillah gambar ni masa raya 2016 before covid. 





Gambar dengan my Hero masa ni satu minggu sebelum lockdown lagi sekali diumumkan dekat seluruh Malaysia. Ingat lagi masa ni masa mula-mula nak masuk UPM sebelum kena belajar fully online. Excited punya pasal nak tengok UPM dulu hahaha. Tahu-tahu dekat dua tahun dah belajar online.





                                       With my love,  gambar masa mula-mula raya  era covid. 






                                                                3 ketul Amirul 




                                                     My adik ya & yoi cepat betul membesarnya







Wednesday, March 30, 2022

Introduction

 




Assalamualaikum dan salam sejahtera ini merupakan blog pertama aku. Sorry kalau panggilan yang digunakan adalah aku. Sebab lebih selesa dan rasa lebih rapat bukan berniat untuk bercakap kasar.  Nama diberi Mohamad Amirul Alif Bin Kamal. Umur 22 tahun dah walaupun tak selari dengan perangai yang masih fikir nak enjoy je hahaha. Korang boleh je panggil aku Mirul atau Alip.  Aku okay je sebab dua-dua pun nama aku. Aku ni anak kelahiran Pahang yang menetap di Selangor. Entahlah walaupun dah lama tinggal dekat Selangor, Pahang still feel like home! rindu rasa patin tempoyak asli dari Pahang even balik Pahang 4-5 tahun sekali. maybe sebab ibu memang anak jati Pahang sebab tu tak pernah lupa negeri terbesar kat semenanjung ni. Bak kata orang Pahang, hitam putih takkan padam (refer kepada  warna bendera negeri Pahang). Selangor pun terbaik juga bak kata ibu Selangor ni lubuk rezeki untuk orang yang rajin. Mungkin sebab banyak kilang kot dan banyak peluang pekerjaan sebab aku tinggal kat pinggir bandar bukanlah bandaraya jadi memang dikelilingi dengan kilang. 





  Kalau cakap pasal hobi aku suka jogging. Entahlah tak pasti kenapa aku suka jogging maybe sebab itu je aktiviti yang sihatkan badan yang tak perlukan skill kot.  hahahha maklumlah sukan yang memerlukan skill ni memang kelaut,  jadi maybe tu sebab paling utama kenapa aku suka jogging. Itu sahaja kot perkongsian untuk blog pertama ini. Terima kasih sudi membaca sangat hargainya <3.

Pembentangan resensi buku multimedia

  PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan resensei buku Multimedia dalam Baha...